Tak Ada Sebab Saya Perlu Bercuti - Guan Eng

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2016 3:15 PM

Lim Guan Eng.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tiada sebab untuk beliau bercuti sementara menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembelian rumahnya dan penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis.

"Saya tak nampak mengapa saya perlu bercuti untuk dakwaan yang secara terang-terangan tidak benar terhadap saya, dan bila saya tidak ada pengaruh dan kawalan terhadap siasatan SPRM atau Peguam Negara, yang menjalankan kuasa pendakwaan sepenuhnya.

"Hanya Perdana Menteri mempunyai kuasa ke atas kedua-dua SPRM dan Peguam Negara," kata Guan Eng dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah disiasat SPRM terhadap tuduhan rasuah yang tidak benar berhubung penajaan perjalanan ke Mekah pada 2009.

"Tiada siapa minta Nik Abdul Aziz pergi bercuti kerana beliau tidak mempunyai kawalan atau kuasa terhadap SPRM dan dakwaan berkenaan tidak berasas.

"Lagipun sekiranya menteri besar atau ketua menteri perlu bercuti setiap kali laporan berhubung rasuah dibuat kepada SPRM, walaupun yang remeh dan tidak berasas, maka perkara ini boleh dijadikan sebagai senjata politik.

"Nanti semua orang kena pergi bercuti," kata Guan Eng.

Tambah Guan Eng, beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan akan menggesa suruhanjaya itu menyegerakan siasatan supaya nama dan kerajaan negeri dapat dibersihkan.

"Saya memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan berharap siasatan ini adil, bebas dan profesional," ujar Guan Eng.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan