Rayani Air Akan Bertemu Kementerian Pengangkutan

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2016 9:23 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak pengurusan Rayani Air akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pengangkutan dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai perkhidmatan dan operasi syarikat penerbangan itu.

Pengurus Besar Perhubungan Awamnya, Anisah Azharuddin berkata, pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan itu bagi menyelesaikan sebarang permasalahan berbangkit.

“Kami terima surat daripada MOT (Kementerian Pengangkutan) kira-kira pukul 6 petang semalam (Selasa). Kami dipanggil untuk mengadakan perbincangan dan memberikan penjelasan.

“Kami sedia untuk mengadakan perbincangan itu dan akan mengemukakan laporan lengkap mengenal hal berkaitan kepada MOT,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai tarikh pertemuan itu.

Pada Selasa, Kementerian Pengangkutan dilaporkan akan memanggil pihak pengurusan Rayani Air bagi mendapatkan penjelasan berhubung aduan pengguna mengenai perkhidmatan dan operasi syarikat penerbangan itu.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, kementerian belum berpuas hati dengan tindakan Rayani Air dalam memperbaiki kualiti perkhidmatan selepas diberi amaran pertama bulan lepas.

Sebagai persediaan untuk mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pengangkutan, Anisah berkata, Rayani Air akan terus menyelidik sehingga ke ‘akar umbi’ bagi setiap permasalahan yang berlaku membabitkan syarikat penerbangan itu.

Beliau mengakui antara masalah berbangkit adalah melibatkan pembatalan dan kelewatan penerbangan termasuk penggunaan pas penerbangan tulisan tangan, dua insiden yang berlaku baru-baru ini sehingga menerima banyak aduan daripada pengguna.

“Diharapkan perbincangan ini dapat membantu menyelesaikan segala permasalahan yang timbul agar menjadikan operasi Rayani Air lebih baik pada masa akan datang,” ujar Anisah.

Pas penerbangan Rayani Air menggunakan tulisan tangan menjadi viral di media sosial.

Mengenai insiden pas penerbangan tulisan tangan, Anisah berkata, siasatan telah dilakukan dan laporan penuh diterima pada petang Selasa.

“Penerbangan itu sebenarnya pada 18 Mac lalu tetapi ditunda pada 19 Mac. Berdasarkan tarikh pas penerbangan tulisan tangan itu, ia tertera 18 Mac iaitu tarikh asal bagi penerbangan berkenaan.

“Penggunaan pas penerbangan tulisan tangan disebabkan terdapat penumpang yang mendaftar masuk selepas tengah malam iaitu 19 Mac dan sistem tidak dapat mencetak pas berkenaan kerana di dalam sistem, penerbangan itu dijadualkan pada 18 Mac,” katanya. 

Isnin lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata, Rayani Air berdepan tindakan digantung operasi jika syarikat penerbangan itu gagal mematuhi garis panduan ditetapkan kementeriannya. 

Rayani Air yang merupakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara memulakan penerbangan sulungnya pada 20 Disember tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Rayani Air

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan