Kerajaan Pertimbang Pembenihan Awan Tangani Cuaca Panas - Shahidan

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2016 12:10 PM

Shahidan Kassim

Shahidan Kassim.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan pembenihan awan dalam usaha menangani keadaan cuaca panas dan kering yang dialami sekarang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Namun beliau berkata, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca yang membolehkan pembenihan awan untuk mewujudkan awan kumulonimbus dilakukan.

"Selain itu kerajaan negeri pula perlu mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kawasan hutan dan belukar tidak diceroboh dan mencegah kebakaran terbuka," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, Rabu.

Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan kebakaran terbuka dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan kerajaan negeri mesti mengambil tindakan untuk membendung perbuatan ini, tambahnya.

Bagi penyelesaian jangka panjang untuk memperoleh air, beliau berkata telaga tiub bolah diadakan sebagai alternatif untuk pengaliran dan simpanan sumber air.

"Air boleh disedut dari telaga tiub di bawah tanah pada musim biasa atau kemarau sepanjang tahun untuk dialirkan ke kawasan kering pada musim panas,” kata Shahidan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar dan minum banyak air bagi memastikan badan mereka tidak mengalami hidrasi.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas dan kering akibat fenomena El-Nino berakhir pada bulan Mei atau Jun ini. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan