Sultan Ibrahim Titah Pertimbang Ganti Tambak Johor - Berita Semasa | mStar

Sultan Ibrahim Titah Pertimbang Ganti Tambak Johor

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2016 10:11 AM

tambak johor

Tambak Johor.

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

JOHOR BARU: Sultan Johor menggesa pelbagai pihak berkepentingan untuk memikirkan idea bagi menggantikan Tambak Johor dengan jambatan.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, baginda berharap rakyat Johor dan Singapura dapat memberikan pandangan mereka mengenai bagaimana aliran trafik dapat diperbaiki. 

"Saya simpati terhadap beribu-ribu rakyat Malaysia dan Singapura yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Tambak Johor setiap hari kerana kesesakan. Keadaan lebih buruk semasa musim cuti dan perayaan.

"Malah, ramai yang berjalan kaki ke Singapura setiap hari disebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, jika Singapura tidak bersetuju dengan pembinaan terowong, maka jambatan ayunan akan dipertimbangkan.

"Saya pasti jika anda bekerja di Singapura, mereka akan menerimanya kerana ia akan menjadi situasi menang-menang untuk kedua-dua negara, tetapi anda perlu memberikan alasan yang baik bagi menggantikan Tambak Johor," titah baginda.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan