Belum Ada Keputusan Naik Kadar Tol - Fadillah

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2016 9:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum mencapai keputusan berhubung kenaikan lima peratus kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang dijadual dilaksanakan tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan masih berbincang dengan syarikat konsesi tersebut dengan mengambil kira manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas.

Katanya manifesto BN itu menyatakan kerajaan tidak akan menaikkan kadar tol bagui lebuh raya menghubungkan antara bandar.

Bagaimanapun, mengikut perjanjian konsesi, syarikat itu boleh menaikkan kadar tol lima peratus di lebuh raya tersebut setiap tiga tahun mulai Januari 2016 hingga 31 Dis 2038.

"Kita ingat, memang ada manifesto kerajaan BN mengenai tol antara bandar ini tidak akan dinaikkan, kita sedar perkara ini dan kita berbincang dengan syarikat konsesi," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang ingin tahu sama ada lebuh raya PLUS akan menaikkan kadar tol pada Jun ini seperti dilaporkan sebelum ini.

Merujuk kepada manifesto BN itu, Fadillah berkata ia hanya melibatkan dua lebuh raya iaitu Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Katanya kedua-dua lebuh raya itu sahaja yang menghubungkan antara bandar dan negeri-negeri, sementara lebuh raya lain yang berada di sekitar Lembah Klang tidak termaktub dalam manifesto berkenaan.

Bagaimanapun, katanya kerajaan tetap mengambil langkah membantu rakyat dalam bandar menghadapi beban tol termasuk menamatkan tol di lebuh raya tertentu selain menggalakkan syarikat konsesi menjalankan program rebat dan diskaun untuk pengguna.

Plus, cabang lebuh raya Kumpulan UEM, mempunyai lima konsesi lebuh raya iaitu Lebuhraya Plus, Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban Port-Dickson, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

Bercakap kepada pemberita di Lobi Parlimen, Fadillah berkata kerajaan sedang menyemak semula perjanjian konsesi, antara lain mengambil kira jumlah trafik dan kedudukan kewangan syarikat konsesi sebelum memutuskan kenaikan kadar tol.

Selain Plus dan LPT, katanya, mengikut perjanjian konsesi, enam lagi lebuh raya berhak menaikkan kadar tol mulai Januari lepas.

"Buat masa ini, belum ada kenaikan. Tunggu sahaja keputusan," katanya sambil menambah kerajaan telah menyediakan sejumlah peruntukan kepada syarikat konsesi sekiranya bercadang tidak meluluskan kenaikan kadar tol.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan