Jenazah Bekas Timbalan Menteri Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2016 2:50 PM

Jenazah bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Datin Rahmah Osman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada Rabu. Rahmah, 76, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Tawakal malam tadi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Allahyarham Datin Paduka Rahmah Osman, 76, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Kiara di sini, Rabu.

Jenazah Allahyarham disemadikan pada kira-kira pukul 11.30 pagi selepas disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, kira-kira pukul 10 pagi.

Selain anggota keluarga, turut hadir di tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir ialah anggota Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan bekas Anggota Parlimen Kangar Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan, Rahatulkhairani Mustapha, 56, dan Saidatulakmar Mustapha, 55, serta tujuh cucu.

Rahatulkhairani berkata ibunya seorang yang sering mengutamakan hal keluarga walaupun sibuk dalam hal politik.

"Allahyarham, ibu sangat berdedikasi dalam bidang kerjayanya lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hak kewanitaan dalam politik.

"Walaupun arwah ibu sentiasa sibuk dengan tugas politik hariannya, saya dan adik sudah terbiasa berdikari apabila ketiadaan ibu di sisi, namun ibu sentiasa mencari ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga di sebalik kesibukannya," katanya.

Menurut Rahatulkhairani, Allahyarham ibunya mengalami penyakitAlzheimer yang kritikal sejak dua tahun lepas dan mendapat rawatan susulan di Hospital Tawakkal selama sembilan bulan.

Dalam pada itu, Shahrir yang ditemui selepas upacara pengebumian itu menyifatkan Allahyarham sebagai rakan seperjuangan yang komited dengan profesion dan mementingkan orang lain berbanding diri sendiri.

"Arwah sangat aktif dalam bidang politik dan sering mengetengahkan isu 'population development' dalam negara selain turut aktif dalam aktiviti badan bukan kerajaan dengan membawa isu untuk kepentingan ramai," katanya yang mengenali Allahyarham sejak di awal pembabitan politik pada tahun 70-an.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan