Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Rahmah Osman Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2016 7:22 AM

Rahmah Osman.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Paduka Rahmah Osman, 76, meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Tawakal di sini, Selasa malam.

Anak sulungnya, Rahatulkhairani Mustapha berkata ibunya meninggal dunia pada 10.15 malam, dan Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Tun Dr Ismail pagi Rabu, selepas disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa taman tersebut.

Rahmah yang akan menyambut hari kelahirannya ke-77 pada 12 Jun ini, meninggalkan dua anak perempuan.

Allahyarham yang pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Bahagian Akhbar Jabatan Penerangan, bergiat aktif dalam Umno sejak 1950-an, dan dilantik sebagai Senator pada 1979.

Pada Pilihan Raya Umum 1982, beliau bertanding di kerusi Parlimen Selayang dan mengalahkan calon DAP Lee Yee Lian dengan majoriti 30,909 undi, dan empat tahun kemudian bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam dan berjaya mengalahkan calon PAS, Mustafar Abdul Kadir dengan majoriti 24,835 undi.

Bekas Ketua Satu Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) sejak 1978 hingga 1982 itu dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan pada 1982 dan dua tahun kemudian, dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.

Pada 1988, Allahyarham mengisytiharkan dirinya anggota parlimen bebas berikutan krisis dalaman Umno dan menyertai parti Semangat 46.

Bekas Presiden Persatuan Hoki Wanita Malaysia itu, bagaimanapun gagal mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum 1990, dan pada 1994 kembali menyertai Umno. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Rahman Osman

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan