PRU14: Anggota Umno Akar Umbi Perlu Fokus Kukuhkan Parti

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 10:46 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Anggota dan kepimpinan Umno di peringkat akar umbi perlu memberi fokus kepada pengukuhan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata merekaperlu memberi keutamaan kepada parti dan bukannya kepada individu tertentu yang mempunyai agenda peribadi.

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata kepimpinan di peringkat akar umbi juga perlu mengatur pelbagai program pengukuhan bagi menyatupadukan anggotanya dan memberi sokongan padu kepada parti.

"Saya yakin 21,300 cawangan Umno di seluruh negeri memberi sokongan kepadaPresiden parti yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi menjadikan parti lebih kuat.

"Segelintir ahli dan kepimpinan Umnio yang teragak-agak (dengan kepimpinan sedia ada) agar kembali menyokong parti," katanya mengulas mengenai surat terbuka oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada ketua cawangan Umno baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Umno Cawangan-cawangan Bahagian Padang Terap di sini, Isnin malam.

Mahdzir yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata walaupun Dr Mahathir berasal dari Kedah, seluruh anggota Umno tetap menyokong kepimpinan Najib.

"Yang penting solidariti Umno kepada Najib dan kita menolak Deklarasi Mahathir bersama parti DAP. Umno Kedah hanya sokong parti dan kepimpinan Najib,"katanya.

Mahdzir yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Terap bersama kepimpinan Umno Bahagian, Pemuda, Puteri dan Wanita serta jawatankuasa Umno Cawangan turut melafazkan ikrar taat setia dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada presiden parti. 

Dalam ikrar tersebut, lebih 200 anggota dan kepimpinan akar umbi turut menolak sekeras-kerasnya Deklarasi Mahathir yang disertai DAP, Parti Amanah Negara dan PKR pada 4 Mac lepas.

Mereka juga mahu MT Umno memecat anggota Umno yang terlibat dalam deklarasi tersebut dengan segera dan turut berikrar untuk berkerja keras bagi memastikan Umno menang pada PRU14.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Mahdzir Khalid , Umno , PRU14

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan