Pemberhentian Operasi TMI Dibuat Pengurusan TMI Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 4:37 PM

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penutupan operasi The Malaysian Insider (TMI) dibuat oleh pengurusan TMI sendiri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata pemberhentian operasi portal berita itu adalah keputusan komersial pengurusan TMI dan bukan disebabkan tindakan kerajaan menyekat akses kepada portal berita itu.

"Kita (kerajaan) tak tutup TMI, tetapi sekat (akses kepada portal berita itu) kerana kesalahan yang mereka lakukan. Bukan kerana kita, ia menjadi rugi.

"The Rakyat Post pun tutup dengan sendiri tanpa sekatan kerana ini adalah pertimbangan komersial oleh mereka," katanya semasa menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau juga menegaskan tindakan menyekat akses kepada portal berita TMI bukan keputusan beliau, tetapi diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setelah menjalankan penyiasatan terperinci terhadap aduan yang diterima.

Katanya kerajaan tidak sewenang-wenangnya bertindak menyekat akses kepada mana-mana laman web jika ia tidak melanggar peraturan sedia ada.

"Kerajaan tidak berat sebelah dalam hal ini," katanya.

Salleh berkata, pihak SKMM telah menerima aduan daripada pengadu awam mengenai kandungan artikel TMI yang didakwa berunsur palsu dan boleh menggugat keharmonian dan kestabilan negara.

Siasatan lanjutan SKMM mengenai artikel TMI berkenaan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati wujudnya elemen dan unsur yang tidak tentu kesahihannya, yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, katanya.

Susulan itu, SKMM mengambil tindakan menyekat portal TMI pada 25 Februari lepas.

Operasi TMI ditutup pada 15 Mac lepas.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan