Tiga Papan Tanda #BebasAnwar Di Ampang Jaya Diturunkan

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 10:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga papan tanda #BebasAnwar yang dipamerkan di sekitar Ampang Jaya di sini telah diturunkan kerana dipercayai mempunyai unsur hasutan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kandungan papan tanda dengan gambar bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta perkataan 'tahanan politik' didapati menghina serta mencabar institusi kehakiman negara.

"Sebanyak tiga papan tanda telah ditanggalkan oleh pihak polis dan kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan telahpun dibuka berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi Selasa.

Katanya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya juga diminta untuk menurunkan papan tanda berkenaan bagi memastikan tiada lagi bantahan dan kekecohan berlaku.

Mengulas mengenai tindakan beberapa individu yang mengugut untuk membakar papan tanda itu, Hamzah berkata polis telah mengambil keterangan daripada Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Selangor Datuk Jamal Md Yunos dan Exco Pemuda UMNO Malaysia Armand Azha Abu Hanifah hari ini.

Katanya, dua kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Jamal dan Armand Azha tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, pada 3 petang tadi.

Kira-kira 200 penyokong dan 13 peguam turut berkumpul di hadapan IPD Ampang Jaya sebagai tanda sokongan kepada mereka.

Rabu lepas, Jamal yang mengetuai sekumpulan individu menampal kain rentang pada papan tanda #BebasAnwar di Ampang Jaya dekat sini sebagai tanda protes selain menggugut untuk membakarnya.

Armand Azha dipanggil untuk memberi keterangan selepas memuat naik video di laman YouTube dan mengugut untuk membakar papan tanda berkenaan pada Sabtu lepas.

Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukum penjara lima tahun terhadap Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 tahun.

Anwar didapati melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Tags / Kata Kunci: BebasAnwar , hasutan , Hamzah Alias

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan