Letupan Brussels: Wisma Putra Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 9:17 PM

Salah satu ruang di Lapangan Terbang Brussels dipenuhi asap selepas berlakunya letupan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian letupan bom di Brussels pada Selasa, menurut kenyataan Wisma Putra.

Bagaimanapun Kedutaan Besar Malaysia di Brussels akan terus memantau situasi semasa, menurutnya.

Wisma Putra berkata kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya letupan bom yang meragut 28 nyawa yang tidak berdosa.

"Di saat yang amat sedih ini, Malaysia berdiri bersatu dengan keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Belgium," menurut kenyataan itu.

Media tempatan di Belgium melaporkan letupan berkenaan berlaku di Lapangan Terbang Brussels dan stesen keretapi laju metro.

Tags / Kata Kunci: letupan Brussels , Wisma Putra

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan