2,114 Permohonan Skim Rumah Pertamaku Lulus Sejak 2013

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 1:02 PM

Najib Tun Razak melihat keluar dari dalam sebuah unit Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA) selepas majlis penyampaian kunci rumah PR1MA Sri Fajar Jaya di Kuantan, Sabtu lalu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,114 permohonan di bawah Skim Rumah Pertamaku diluluskan melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM431 juta sejak tahun 2013 hingga Januari lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  

Beliau berkata berdasarkan maklumat Bank Negara Malaysia, sejak 2013 hingga akhir Februari tahun ini, 876 permohonan di bawah Skim Perumahan Belia diluluskan Bank Simpanan Nasional melibatkan jumlah pinjaman RM215.5 juta.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan keperluan perumahan bagi setiap seisi rumah di negara ini terutama belia dan golongan berpendapatan rendah dan sederhana selaras dengan matlamat meningkatkan kualiti hidup rakyat.

"Meskipun ekonomi global tidak menentu ekoran kejatuhan harga minyak mentahdan kemerosotan nilai ringgit, kerajaan akan tetap membina rumah mampu milik untuk rakyat terutama golongan belia," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ir Shaharuddin Ismail (BN-Kangar) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan jumlah golongan belia yang telah memiliki rumah sendiri berdasarkan Skim Rumah Pertamaku.

Beliau juga ingin tahu sama ada terdapat sebarang usaha dalam mendukung hasrat kerajaan iaitu 1Keluarga 1Rumah dengan mengkaji semula syarat kelayakan pembelian rumah pertama bagi membantu golongan muda yang berpendapatan RM2,500 ke bawah.

Najib berkata kerajaan komited untuk mencapai hasrat 1Keluarga 1Rumah dengan melaksanakan pelbagai inisiatif iaitu menambah bilangan rumah mampu milik melalui pelbagai projek seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Rumah Mesra Rakyat, Rumah Idaman Rakyat dan Rumah Aspirasi Rakyat.

Katanya dalam Bajet 2016 juga, RM1.6 bilion diperuntukkan untuk rumah mampu milik antaranya melibatkan pembinaan 175,000 rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Rumah Mesra Rakyat (10,000 unit), PPA1M (100,000 unit) dan PPR (22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit teres).

"Melalui pelbagai inisiatif yang diwujudkan di bawah Skim Rumah Pertamaku seperti pengecualian duti setem, deposit, had umur, paras harga rumah dan jumlah gaji, diyakini boleh membantu golongan belia terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana memenuhi impian mereka memiliki rumah," katanya.

Menjawab soalan tambahan Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) mengenai usaha kerajaan mengawal harga rumah, Najib berkata kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediakan rumah mampu milik supaya penawaran rumah tersebut sentiasa mencukupi.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata kerjasama daripada kerajaan negeri juga penting sebagai inisiatif tambahan bagi mengawal harga rumah.

Katanya inisiatif kerajaan negeri menyediakan tanah pada premium yang rendah dapat membantu lebih banyak rumah mampu milik dibina di seluruh negara.

"Kebetulan beberapa hari lalu saya lancarkan program dengan kerajaan negeri Pahang, yang rumah dibina pihak swasta di atas tanah kerajaan negeri dengan premium yang begitu rendah dijual dengan harga RM175,000 sedangkan harga pasaran RM300,000.

"Ini adalah contoh kerajaan negeri bekerjasama dalam membantu kerajaan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Skim Rumah Pertamaku

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan