Serpihan Baharu Pesawat Ditemui Di Afrika Selatan

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 8:37 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Serpihan baharu, kemungkinan dari bahagian  "Inlet Cowling" enjin pesawat ditemui di pantai Afrika Selatan di selatan negara itu, dekat bandar Mosselbay, Selasa.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan dan analisis lanjut perlu dijalankan bagi mengesahkan sama ada serpihan itu milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sedang berhubung rapat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan (CAA) mengenai perkara itu.

"Satu pasukan akan dihantar ke kawasan tersebut untuk mengambil serpihan itu," kata beliau dalam satu kenyataan Selasa.

Liow berkata Kementerian akan memaklumkan perkembangan terkini apabila maklumat baharu diperolehi, kata beliau.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pada masa ini, usaha mencari dijalankan di selatan Lautan Hindi selepas disahkan bahawa penerbangan pesawat malang itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Awal bulan ini, dua serpihan ditemui di Mozambique dan proses memeriksa serpihan-serpihan tersebut dijadual bermula di Australia.

Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 dibantu dalam pemeriksaan dan analis serpihan oleh pakar-pakar dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia Airlines dan Boeing bagi mengesahkan keasalan serpihan tersebut.

Setakat ini, satu-satunya serpihan MH370 yang ditemui ialah sebahagian daripada bahagian sayap pesawat yang terdampar di pantai Pulau Reunion pada Julai tahun lepas.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan