Rayani Air Sedia Atasi Isu Berkaitan Operasi

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 9:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rayani Air bersedia berjumpa dengan pihak berkuasa dalam sektor penerbangan bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah teknikalnya, terutama mengenai kelewatan dan pembatalan penerbangan.

Pengurus besar perhubungan awamnya, Anisah Azharuddin, berkata syarikat penerbangan itu menangani perkara tersebut secara positif serta berazam untuk menambah baik operasi dan perkhidmatannya.

Mengenai amaran Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai agar syarikat itu memperbaiki keadaan, beliau berkata: Kami baru sahaja menerima surat daripada Kementerian Pengangkutan untuk membincangkan isu itu.

"Kami amat komited dan bersemangat untuk menambah baik operasi serta perkhidmatan kami," katanya apabila dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Pada Isnin, Liow berkata syarikat penerbangan itu boleh digantung operasinya jika ia gagal mematuhi peraturan.

Beliau memberi amaran itu sebagai respons terhadap sungutan penumpang  Rayani Air mengenai pembatalan dan kelewatan yang tersebar secara meluas dalam media sosial baru-baru ini.

Mengenai pengeluaran pas manaiki pesawat bertulis tangan, Anisah berkata beliau sedang menunggu laporan mengenainya daripada pihak operasi, tetapi menurut beliau, kejadian itu berlaku kerana sistem tidak dapat mencetak pas berkenaan secara elektronik kerana masalah teknikal.

Merujuk kepada kes yang maksudkan, beliau berkata penerbangan berkenaan dijadualkan berlepas pada 17 Mac, tetapi tertangguh ke awal 18 Mac.

"Ada penumpang yang mendaftar masuk selepas tengah malam (17 Mac) dan sistem tidak dapat mencetak pas menaiki pesawat kerana di dalam sistem, penerbangan itu dijadualkan berlepas pada 17 Mac.

"Sebab itulah kami terpaksa mengeluarkan pas secara manual," katanya.

Anisah berkata pas menaiki pesawat bertulis tangan itu menggunakan pas menaiki pesawat kosong rasmi Rayani Air dan ia disahkan pihak berkuasa penerbangan di lapangan terbang berkenaan.

"Kami menerima setiap komen secara positif untuk menambah baik operasi dan prosedur kami, bukan sahaja dari segi pematuhan Syariah, tetapi juga dari aspek operasi lain, termasuk teknikal dan perkhidmatan.

"Kami menghargai semua komen yang diberi dan menyambutnya dengan positif," kata beliau.

Rayani Air dilancarkan pada 20 Dis tahun lepas dan meletakan dirinya sebagai syarikat penerbangan patuh Syariah pertama di Malaysia.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan