40 Tahun Berpisah, Pasangan Disatukan Dengan Perkahwinan - Berita Semasa | mStar

40 Tahun Berpisah, Pasangan Disatukan Dengan Perkahwinan

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Selepas hampir 40 tahun berpisah sebagai rakan sekolah, Awang Cucu Amin dan Noraini Abd Rahman disatukan dalam ikatan perkahwinan.

Lebih menarik majlis perkahwinan pasangan yang berusia 57 tahun itu, dianjurkan di rumah rakan mereka, Rosli Wan Su, di Kampung Alur Lintang, di sini semalam, dan turut dihadiri 160 bekas pelajar Sekolah Menengah Nasiruddin Shah, Besut/

Awang Cucu, yang berasal dari Membakut, Sabah, bertemu isterinya di sekolah itu semasa tingkatan satu pada 1972 selepas terpilih mengikuti program khas kerajaan negeri Sabah yang menghantar 16 pelajar cemerlang untuk belajar di Semenanjung.

"Semasa belajar di sini, saya ditempatkan satu kelas dengan Noraini dan kadangkala saya mendapatkan bantuannya untuk membiasakan diri menimba ilmu di sini," kata bekas pesara Jabatan Kerja Raya Sabah itu pada Selasa.

Menurut Awang lagi, perkenalannya itu hanya sebagai kawan biasa hingga mereka berpisah selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1976 dan beliau kembali ke Sabah.

"Kami membawa haluan masing-masing dan saya mula bekerja di Sabah manakala Noraini pula bertugas dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Terengganu.

"Tanpa disangka-sangka saya bertemu semula dengan Noraini dalam satu majlis pada tahun 2014 dan dari situ cinta saya berputik semula. Saya kerap berhubung menerusi WhatsApp hinggalah membawa kami ke jinjang pelamin," kata Awang Cucu lagi.

Beliau yang belum pernah beristeri bersyukur kerana dapat memperisterikan Noraini yang juga belum pernah berkahwin.

Mengetuai rakan-rakan sesi persekolahan tahun 1972 hingga 1976 itu ialah Dekan Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Prof Azmi Che Hamid.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan