Pemilik Banglo Kontroversi Mengaku Bukan Pengarah, Pemegang Saham KLIDC

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 4:40 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: "Saya bukan pengarah atau pemegang saham KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd), syarikat yang berjaya dalam bidaan bagi tanah Taman Manggis melalui tender terbuka". 

Kenyataan itu terkandung dalam akuan berkanun Phang Li Koon, yang menjual banglo kontroversi di Jalan Pinhorn di sini kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dalam akuan berkanun itu, yang dibaca anggota Exco negeri Phee Boon Poh di sini Selasa, Phang menjelaskan bahawa beliau juga tidak terlibat dengan pengurusan syarikat itu.

Ditanya kenapa beliau yang membacakan akuan berkanun itu, Phee berkata, beliau mempunyai hubungan sebagai saudara jauh dengan Phang dan penasihat kepada Persatuan Phang.

Dalam akuan berkanun itu, Phang berkata, beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual pada harga RM2.8 juta, yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.

"Saya juga tidak memperoleh sebarang manfaat daripada kerajaan negeri kerana menjual rumah itu kepadanya (Guan Eng). Sayalah yang membuat keputusan pada harga berapa saya hendak menjualnya kepada Ketua Menteri.

"Saya menegaskan bahawa saya tidak ditekan atau dipaksa atau (telah) dipengaruhi dengan cara yang tidak sewajarnya oleh Ketua Menteri atau mana-mana pihak supaya menjual rumah berkenaan kepada Ketua Menteri pada harga RM2.8 juta," katanya.

Pembelian banglo itu oleh Guan Eng mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan
Dewan Rakyat, Khamis lepas.

Shabudin, yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), turut meminta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta membuat penilaian terhadap harta itu.

Beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya dikatakan diperuntukkan bagi pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan