KBS: Najib Kecewa Penyelewengan Berlaku Ketika Kerajaan Ambil Langkah Kawal Perbelanjaan

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 8:17 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa melahirkan rasa kecewanya dengan kes penyelewengan dan ketirisan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu tanpa dikesan, sehingga kerajaan kerugian lebih RM100 juta.

Perdana Menteri berkata beliau memandang berat kes berkenaan yang melibatkan pegawai kanan kerajaan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kerajaan tidak akan sama sekali berkompromi dalam sebarang kes penyelewengan dana kerajaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terbabit," katanya dalam entri terbaharu blog beliau, najibrazak.com.

Najib juga mahu semua kementerian dan agensi kerajaan sentiasa memantau setiap perbelanjaan bajet yang telah diperuntukkan pada tahap ketelusan dan akauntabiliti yang tertinggi.

Menyentuh mengenai kes rasuah itu, beliau berkata satu siasatan menyeluruh perlu dijalankan dengan serta-merta dan kes ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk nasihat serta tindakan undang-undang.

"Jabatan Audit Negara juga akan mengkaji dan memperketatkan lagi prosedur berkaitan tatacara pengurusan kewangan kerajaan," katanya.

"Saya mahu perkembangan kes ini dipaparkan dalam Auditor Generals Dashboard di laman web https://agdashboard.audit.gov.my bagi tatapan umum," katanya.

Najib berkata dashboard itu mula diperkenalkan pada tahun 2013 bagi memantau tindakan yang telah diambil terhadap kes-kes yang dikenal pasti bermasalah oleh Jabatan Audit Negara.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Jabatan Audit Negara juga akan mengkaji dan memperketatkan lagi prosedur berkaitan tatacara pengurusan kewangan kerajaan.

Pada Jumaat lepas SPRM menahan seorang setiausaha bahagian di kementerian itu selepas disyaki terlibat mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.
Tags / Kata Kunci: kes KBS , Datuk Seri Najib Tun Razak , SPRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan