Mat Sabu Disekat Masuk Sarawak

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 11:50 AM

Mat Sabu ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu disekat oleh Jabatan Imigresen Sarawak daripada memasuki negeri itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pukul 10.40 pagi Selasa.

Menurut pegawai khasnya, Azhar Md Dali, halangan pihak imigresen itu dibuat atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kemudiannya dihantar pulang ke semenanjung dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) pada pukul 11.25 pagi.

Mohamad dijadual menghadiri beberapa program dalaman parti di beberapa bahagian di Sarawak selama tiga hari bermula Selasa.

"Ini kali pertama beliau disekat memasuki Sarawak. Kunjungan beliau ke negeri ini sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah," kata Azhar ketika dihubungi mStar Online di sini.

Tambah Azhar, kali terakhir Mohamad memasuki Sarawak adalah pada 7 hingga 9 Mac lalu.

Tags / Kata Kunci: Mohamad Sabu , Mat Sabu , Parti Amanah Negara

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan