Hak Mutlak Sarawak Untuk Halang Kemasukan Mat Sabu

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 4:51 PM

Datuk Nur Jazlan Mohamed

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan menghalang Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu atau Mat Sabu daripada memasuki Sarawak adalah hak mutlak kerajaan negeri itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata KDN tidak perlu dimaklumkan mengenai tindakan menghalang mana-mana individu memasuki Sarawak kerana ia merupakan hak Jabatan Imigresen negeri itu.

"Akta Imigresen Sarawak membenarkan negeri itu membuat keputusan atas apa-apa alasan. Undang-undang itu mutlak. KDN hanya bertanggungjawab kepada Akta Imigresen 1959/63 di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak ia di bawah kuasa kerajaan negeri," kata Nur Jazlan kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Terdahulu, Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam sidang media di lobi Parlimen mendakwa Mat Sabu dihalang memasuki Sarawak oleh Jabatan Imigresen negeri itu pagi tadi.

Beliau berkata Mat Sabu tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira pukul 10.40 pagi dan ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen dengan hanya dimaklumkan ia atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

"Saya dimaklumkan tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak Imigresen yang menahannya dan Mat Sabu diarahkan pulang ke Semenanjung dengan penerbangan pertama dari sana," katanya.

Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Sabah dan Sarawak mempunyai autonomi tertentu termasuk kuasa Jabatan Imigresen dan mereka berhak berbuat demikian atas alasan-alasan tertentu.

"Ini harus dihormati. Kita bicara soal autonomi apa pun yang dilakukan sudah tentu ada pertimbangannya dan bukanlah bertujuan politik semata-mata.

"Apabila mereka halang sudah tentu mereka mempunyai alasan tertentu yang hanya boleh dijawab oleh kerajaan Sarawak sendiri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan