Pengerusi DAP Pahang Dibaling Telur

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 9:42 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah dibaling dengan telur ketika berlangsung forum politik di Jerantut.

Leong yang berada bersama penasihat parti Lim Kit Siang tiba-tiba diserang oleh ahli-ahli yang tidak berpuas hati terhadapnya ketika ceramah kedua di sebuah kedai kopi.

Kekecohan tercetus dan Leong berkali-kali menjerit sebelum dibaling telur serta dipukul di dada pada kejadian pagi Isnin.

Mereka turut menunjukkan rasa tidak puas hati dengan meruntuhkan papan tanda pusat perkhidmatan DAP Jerantut.

Difahamkan punca insiden itu berlaku kerana kegagalan meletak calon pilihan mereka, Koh Boon Heng bagi kerusi DUN Damak ketika pilihanraya umum lalu.

Tags / Kata Kunci: Lim Kit Siang , Leong Ngah Ngah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan