Tolak Tawaran RM100,000 Demi 'Cinta Merbok'

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 10:53 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tukang kayu, Mohlis Sudi begitu menyayangi burung merbok peliharaannya hingga mengambil keputusan untuk menolak tawaran RM100,000 supaya menjual salah seekor burung yang boleh menyanyi itu.

Lelaki dari Puchong berusia 40 tahun itu berkata, ramai daripada kawan-kawannya menganggap dia tidak siuman kerana menolak tawaran besar berkenaan berikutan merbok yang juga dikenali sebagai burung merpati zebra hanya menelan kos beberapa ribu ringgit.

"Burung ini banyak membawa tuah kepada saya sehingga memenangi 31 pertandingan nyanyian dengannya. Tiada harga yang setanding dengannya," katanya ketika ditemui dalam satu pertandingan anjuran Permas Lions Club di sini, Ahad.

Menurut Mohlis, dia menolak tawaran daripada seorang ahli perniagaan selepas memenangi satu kejohanan di Kuala Lumpur beberapa bulan lalu.

Tambah Mohlis, adalah lebih menakjubkan kerana tiada hadiah wang tunai disediakan dalam pertandingan berkenaan.

"Kebanyakan kejohanan tidak menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang, hanya trofi. Terima kasih kepada merbok saya, saya berjaya memenangi banyak trofi dengannya, "katanya.

Walaupun beberapa kali menang dalam pelbagai pertandingan, Mohlis berkata dia masih dianggap 'junior' kerana baharu menyertai aktiviti itu sejak kira-kira satu tahun setengah yang lalu.

"Ramai daripada mereka yang mengambil bahagian mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam melatih merbok," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mohlis Sudi , Merbok

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan