Pengunjung Zoo Turun Mendadak Akibat Cuaca Panas

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 11:44 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun haiwan di Zoo Negara berada dalam keadaan 'hidrat' dan sihat, jumlah pengunjungnya mencatatkan penurunan yang mendadak ketika musim panas.

Pengarah Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi dan perkhidmatan veterinar Persatuan Zoologi Malaysia, Dr Mat Naim Ramli berkata, terdapat penurunan ketara dalam bilangan pengunjung walaupun ketika musim cuti sekolah pada bulan Mac.

Pada Januari, zoo mencatat seramai 30,000 pelawat (turun daripada 39,000 dalam tempoh yang sama pada 2014), manakala pada bulan Februari, ia mempunyai 52,000 pelawat (turun dari 63,000 pada bulan Februari 2014).

Tambah Dr Mat Naim, beliau bimbang keadaan cuaca panas yang berterusan boleh menyebabkan penurunan jumlah pengunjung yang lebih rendah sama seperti ketika negara dilanda jerebu berpanjangangan tahun lalu.

"Tahun lepas mencatatkan jumlah penurunan pengunjung yang terburuk sejak 20 tahun yang lalu, walaupun pameran panda mula membawa orang ramai kembali ke zoo," kata Dr Mat Naim.

Apabila pameran panda pertama kali dibuka, jumlah pengunjung tahunan melonjak daripada sekitar 600,000 pada tahun 2013 kepada 780,000 pada 2014.

Tetapi pada tahun lepas, bilangannya menurun kepada hanya 535,000 orang.

"Syukurlah tiada kematian haiwan yang disebabkan oleh strok haba," kata beliau sambil menambah kebanyakan haiwan boleh bertolak ansur dengan suhu yang lebih tinggi daripada manusia.

Pihak zoo itu juga mengambil langkah berjaga-jaga seperti menyediakan lebih banyak tempat perlindungan, air minuman, dan makanan tambahan untuk menurunkan tekanan haiwan.

Tags / Kata Kunci: Zoo Negara , Strok Haba

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan