Pengganas Mahu Bentuk Kesultanan Sulu Di Sabah - Zahid

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa pengganas Sulu telah melantik 'panglima' di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah dalam usaha membentuk semula kesultanan Sulu di negeri itu.

Beliau berkata maklumat itu diperoleh daripada soal siasat terhadap enam tali barut pengganas Sulu yang ditahan pihak keselamatan di Sabah selain bahan-bahan bukti seperti pemacu pena dan dokumen-dokumen.

"Siasatan yang dilakukan mendapati Kesultanan Sulu melantik panglima bagi setiap kawasan DUN di Sabah dan mereka berhasrat membentuk semula Kesultanan Sulu untuk memerintah Sabah.

"Jadi, jangan nak pandang enteng apa yang nak dilakukan oleh pengganas Sulu ini," katanya semasa menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Justeru itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata rakyat tidak harus memandang ringan ancaman pengganas terhadap keselamatan negara.

Berita selanjutnya menyusul.



Tags / Kata Kunci: DUN , Sabah , Kesultanan Sulu , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan