Pemuda PAS P.Pinang Saran Guan Eng Bercuti Sehingga Siasatan Selesai - Berita Semasa | mStar

Pemuda PAS P.Pinang Saran Guan Eng Bercuti Sehingga Siasatan Selesai

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 11:19 PM

Afnan Hamimi

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lim Guan Eng disaran bercuti daripada menjalankan tugas sebagai ketua menteri sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan berhubung isu pembelian rumah bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn, di sini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPPNPP) Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata tindakan bercuti itu perlu bagi memastikan ketelusan dan kelancaran proses siasatan pihak berkuasa.

Beliau berkata DPPNPP turut menyokong pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Lim tidak bersalah sehingga diputuskan bersalah oleh mahkamah.

"Pendirian beliau ini disifatkan sebagai berjiwa besar kerana mengambil pendirian mempertahankan seseorang yang belum diputuskan bersalah walaupun (Lim) bersikap memusuhi PAS," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas.

Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang turut meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta dibeli Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah itu lebih RM3 juta.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan