Dakwaan Pekerja Asing Dalam Negara Cecah 5.5 Juta Tidak Benar - KDN

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 12:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa pekerja asing di negara ini mencecah 5.5 juta adalah tidak benar, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu berdasarkan rekod Jabatan Imigresen sehingga 31 Jan tahun ini, sebanyak 2.08 juta pekerja asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara yang masih sah dan aktif.

"Bilangan ini merangkumi pekerja asing yang bekerja dalam lima sektor formal yang dibenarkan iaitu sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian serta satu sektor informal iaitu pembantu rumah asing," kata KDN.

KDN berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) yang mahu KDN menyatakan adakah benar pekerja asing dalam negara menjangkau 5.5 juta.

Beliau juga mahu pecahan bilangan pekerja asing mengikut negeri, pecahan kewarganegaraan dan jantina mereka.

Mengulas lanjut, KDN berkata sehingga 31 Jan, pekerja asing Indonesia merupakan bilangan tertinggi yang berada di negara ini iaitu 819,773 orang diikuti Nepal (483,908 orang), Bangladesh (272,036 orang), Myanmar (143,623 orang) dan India (135,921 orang).-- Bernama

Tags / Kata Kunci: pekerja asing , KDN , Dewan Rakyat

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan