El Nino MTUC Gesa Majikan Sediakan Air Minuman Mencukupi

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 5:53 PM

Pegawai Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Seberang Perai Utara, Zulhisham Awang Kechik menghilangkan dahaga dengan air kelapa muda semasa meninjau sawah padi MARDI yang kering hingga merekah, dalam cuaca panas terik, Isnin.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa majikan supaya menyediakan dengan secukupnya kemudahan bekalan air minuman di lokasi yang selesa dan mudah dilihat pekerja dalam keadaan cuaca panas sekarang berikutan fenomena El Nino.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Setiausaha Agung MTUC A.Balasubramaniam berkata penyediakan bekalan air yang mencukupi adalah penting bagi mengelak komplikasi kesihatan akibat dehidrarasi yang boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan dan produktiviti pekerja.

"Majikan perlu menyediakan air minuman dan cawan pakai buang yang banyak di tempat yang selesa dan mudah dilihat, terutamanya bagi pekerja di lapangan.

"Mereka juga perlu menugaskan seorang pekerja berpengetahuan dalam penyakit berkaitan haba di tempat kerja untuk menentukan jadual kerja/rehat yang bersesuaian," katanya kepada Bernama.

Balasubramaniam menggesa majikan supaya menyediakan perkhidmatan perubatan di tempat kerja untuk memberi respons tanpa lengah kepada penyakit berkaitan haba dan memberi rawatan kecemasan.

"Sekiranya kerja berat tidak dapat dielak semasa gelombang panas sekarang, majikan boleh mengubah kitaran kerja/rehat bagi meningkatkan jumlah waktu rehat," katanya.

Berikutan pola fenomena El Nino bulan ini, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas daripada biasa dan jumlah taburan hujan yang berkurangan.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: MTUC , El Nino , A.Balasubramaniam

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan