TPPA Mungkin Berkubur Jika Trump Jadi Presiden AS

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 9:09 PM

Datuk Seri Mustapa Mohamed

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri membayangkan yang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mungkin berkubur sekiranya calon Parti Republikan, Donald Trump, menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru bagi menggantikan Barack Obama.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini berikutan pendirian Trump yang jelas tidak bersetuju dengan perjanjian berkenaan.

"Kita tidak mahu buat ramalan apa yang akan berlaku di AS, tetapi sekiranya ini berlaku (Trump menjadi Presiden AS) dan Kongres AS tidak bersetuju dengan TPPA, maka TPPA akan berkubur," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat Isnin.

Mustapa berkata, terdapat peruntukan di dalam Bab 30 TPPA yang menyatakan keperluan penyertaan AS dalam TPPA kerana negara itu merupakan ekonomi terbesar dunia, iaitu kira-kira 20 peratus daripada pengeluaran dunia.

"Apabila kita merundingkan TPPA, kita merasakan tanpa AS, ia kurang bermakna dan kurang berkesan," katanya.

Mengenai hasrat Trump yang ingin meminda TPPA, termasuk memasukkan peruntukan berkaitan manipulasi mata wang, Mustapa berkata, perkara berkenaan tidak akan berlaku kerana TPPA telah ditandatangani.

"Tidak akan ada apa-apa pindaan terhadap apa yang kita telah tandatangani bulan lepas," katanya.

Persidangan Dewan Rakyat disambung esok.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan