Malaysia, Australia Setuju Kongsi Maklumat Perangi Keganasan

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 10:58 PM

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Australia, Senator Marise Payne.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Australia bersetuju untuk berkongsi maklumat dan hasil risikan mengenai usaha memerangi kegansan bagi menangani peningkatan ancaman kumpulan militan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ia termasuk pemantauan terhadap tempat yang mungkin berlaku keganasan atau kawasan yang dipercayai menjadi sasaran kumpulan pengganas terutamanya Daesh di seluruh rantau Asia Pasifik.

Katanya keputusan itu dicapai pada perjumpaan tertutup beliau dengan rakan sejawatannya dari Australia, Senator Marise Payne, yang melakukan kunjungan hormat terhadapnya di sini, Isnin.

"Kami perlu memerangi ancaman itu kerana kami tidak boleh membiarkan keadaan yang kita lihat berlaku di Timur Tengah ketika ini, dibawa ke rantau ini.

"Sehubungan itu, saya memohon untuk mendapatkan maklumat secara khusus mengenai perkembangan aktiviti militan dari jiran kami seperti Filipina, Thailand, Myanmar dan malah dari China," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan itu di Wisma Pertahanan di sini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan