KJ Sahkan Pegawai Kanan KBS Terlibat Isu Seleweng Dana RM100 Juta

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 10:36 AM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin  mengesahkan pegawai kanan kementeriannya terlibat berhubung isu penyelewengan dana kerajaan mencecah lebih RM100 juta.

Khairy berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) beberapa minggu lalu mengenai siasatan yang sedang dijalankan ke atas pegawai tersebut.

"Saya ingin mengesahkan bahawa individu yang dirujuk adalah pegawai di Kementerian Belia dan Sukan (KBS)," katanya pada sidang media di KBS di sini, Isnin.

Sabtu lalu, SPRM mendedahkan seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian ditahan pada Jumaat lalu selepas disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penyalahgunaan dana kerajaan mencecah lebih RM100 juta.

Pegawai kanan berusia 56 tahun itu menerima suapan dianggarkan RM20 juta dan menjalani kehidupan mewah.

Antara barangan mewah yang dirampas SPRM daripada suspek kes salah guna dana awam mencecah lebih RM100 juta.

Khairy berkata, KBS menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu terlibat susulan siasatan yang dijalankan.

"Saya akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa," katanya.

Mengenai kes membabitkan pegawai kanannya, Khairy berkata, beliau tidak menyedari penyalahgunaan prosedur yang dilakukan suspek.

Bagaimanapun Khairy enggan mengulas mengenai siasatan kerana masih belum dimuktamadkan.

"Saya tidak mahu komen mengenai suspek kerana ia masih dalam siasatan. Suspek masih belum dituduh di mahkamah," katanya.

Ditanya sama ada pegawai berkenaan digantung tugas, Khairy berkata: "Menurut prosedur kerajaan, pegawai hanya digantung tugas sekiranya didakwa di mahkamah."

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki pada sidang media Sabtu lalu berkata, modus operandi sindiket ialah mengarahkan pihak kewangan sebuah agensi di bawah kementerian itu membuat bayaran kepada tidak kurang 14 syarikat yang dikendalikan oleh ahli-ahli sindiket bagi mewujudkan program tetapi kerja-kerja tidak pernah dilaksanakan.

Kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan di bawah kesalahan rasuah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan kesalahan penggubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , SPRM , KBS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan