Jamil Khir, Haron Din Kongsi Pentas Forum Keganasan Persepsi

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 8:27 PM

Datuk Dr Harun Din (kiri) dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din akan berkongsi pentas dalam satu forum yang membincangkan isu 'keganasan persepsi'.


Dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), forum ini dilakukan setelah menyedari keganasan persepsi menjadi ancaman baharu yang mampu menjejaskan perpaduan ummah dan keselamatan negara.

"Keganasan persepsi adalah satu ancaman baharu yang mampu menjejaskan perpaduan ummah, keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Ia lebih bahaya daripada keganasan senjata dan mampu mewujudkan anarki dan mempengaruhi masyarakat menjatuhkan kerajaan yang demokratik," menurut UKM dalam kenyataan medianya, Isnin.

UKM, dalam kenyataan tersebut berkata ancaman ini semakin serius berikutan penggunaan media baharu yang mampu menerobos ke setiap sudut rumah dan mempengaruhi golongan remaja, khususnya.

"Ia perlu ditangani secara strategik dan bersepadu supaya tidak menjejaskan perpaduan umah dan keselamatan negara," katanya.

Forum yang dijalankan menerusi Bicara Persenda ini bertajuk 'Keganasan Persepsi Cabaran Terhadap Perpaduan Ummah' dan akan berlangsung di Persada Canselori UKM, Bangi dengan Ketua Pegawai Eksekutif GMM Nasharudin Mat Isa bertindak sebagai pengendali.


Ia akan dihadiri 400 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi, golongan ilmuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar.

Selain diberi motivasi supaya tidak mudah terpengaruh dan dikelirukan dalam menerima maklumat yang belum dipastikan kebenarannya, peserta juga akan diberi panduan bagaimana menangani isu keganasan persepsi dalam dunia politik.

Selain Jamil Khir dan Haron, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal dan Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Muhammad Farhan Khairudin juga terlibat sebagai ahli panel.


"Bicara Persada ini akan menampilkan gabungan ahli panel yang hebat dan mempunyai kepakaran dalam isu yang diutarakan selain berkemampuan memberi panduan bagi masyarakat menghadapi keganasan persepsi secara bijaksana," katanya.

Keganasan persepsi merujuk kepada pembabitan masyarakat dan golongan tertentu melalui saluran komunikasi seperti media sosial dan aplikasi telefon pintar yang mengandungi unsur provokasi, emosi serta sentimen keterlaluan yang mendorong kepada persekitaran negatif.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan