Jabu Lepas Kerusi Layar, Adenan Mahu Unggah Kembali

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 6:57 PM

Tan Sri Alfred Jabu Numpang

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Selepas berdepan spekulasi, timbalan ketua menteri yang telah lama berkhidmat, Tan Sri Alfred Jabu Numpang disahkan tidak akan bertanding semula bagi mempertahankan kerusi Layar dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pengumuman itu dibuat di dewan komuniti Debak, dekat Betong, dalam satu majlis bersama Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada Isnin.

Pada majlis yang sama, beliau juga mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Betong Datuk Seri Douglas Uggah Embas, 60, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, akan 'kembali' ke Sarawak untuk bertanding di kerusi Bukit Saban, yang kini dipegang oleh Robert Lawson Chuat.

"Kami mahu Uggah kembali ke Sarawak. Cukuplah dia 'menghabiskan masa' di Kuala Lumpur," ketua menteri berjenaka di atas pentas.

"Kami mahu dia kembali ... Robert Chut bersedia untuk mengosongkan kerusi itu."

Adenan kemudian membayangkan bahawa anak lelaki Jabu, Gerald Rental mungkin akan mengambil alih kerusi bapanya.

Gerald kini merupakan Timbalan Ketua Pemuda PBB.

Jabu, 76, adalah salah seorang daripada wakil-wakil dipilih yang paling lama berkhidmat di Sarawak, di mana beliau pertama kali dipilih pada tahun 1973.

Spekulasi bermula dengan cakap-cakap bahawa beliau akan meletak jawatan pada bulan Januari, diikuti mesyuarat Majlis Tertinggi PBB, di mana Jabu telah dirakamkan oleh jurukamera berpelukan dengan pegawai-pegawai kanan parti.

Beliau enggan mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui pemberita.

Spekulasi kini akan beralih kepada sama ada Uggah akan menjadi timbalan ketua menteri akan datang.

Pilihan raya negeri dijangka diadakan pada akhir April atau awal Mei.

Pada hari Ahad, Adenan memberitahu pemberita bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan 'tidak lama lagi'.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan