Imigresen Singapura Layan Saya Seperti Pengganas - Ridhuan Tee

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 6:40 PM

Mohd Ridhuan Tee Abdullah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pensyarah universiti Profesor Mohd Ridhuan Tee Abdullah telah dihalang daripada memasuki Singapura selepas disoal selama dua jam, dengan mendakwa dirinya dilayan seperti seorang 'pengganas'.

Ridzuan berkata beliau berada di Johor dua bulan lalu dan mahu 'mencuba' jika pihak berkuasa Singapura akan membenarkannya masuk ke negara itu.

"Saya mahu 'mencuba' dan menjemput seorang rakan menyertai saya. Ketika itu cuti sekolah dan jalan raya sesak.

"Apabila saya disoal oleh pegawai-pegawai, kesesakan jalan semakin teruk," kata Ridhuan kepada The Star Online.

"Mereka (Singapura) di kaunter imigresen memberitahu saya bahawa saya terpaksa pergi ke pejabat. Di sana, saya telah disoal selama dua jam.

"Mereka mengambil banyak gambar 'mugshot' saya dan melayan saya seperti seorang pengganas. Mereka bukan sahaja mengambil cap jari saya, tetapi cap seluruh tangan saya!" katanya.

Ridhuan, yang menulis mengenai kejadian itu dalam kolumnya di sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Ahad, berkata pegawai di imigresen Singapura bertanyakan pelbagai soalan.

Bagaimanapun, beliau tidak diberitahu mengapa tidak dibenarkan masuk.

"Saya dilayan seperti orang yang bersalah. Mereka menyoal saya seperti saya seorang pengganas. Apakah jenayah saya?

"Saya tidak pernah kacau orang lain. Saya tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah di Malaysia. Mereka menyatakan bahawa mereka adalah sebuah negara demokratik dengan kebebasan bersuara tetapi kebenarannya adalah keadaan di sana adalah lebih teruk daripada Malaysia.

"Sistem demokrasi dan kebebasan bersuara kita adalah jauh lebih hebat daripada Singapura," katanya.

Menurut Ridhuan, yang menjadi pensyarah di sebuah universiti tempatan, kali terakhir beliau melawat Singapura adalah tiga tahun lalu apabila menerima jemputan untuk satu majlis. Beliau ditahan di lapangan terbang dan disoal tetapi akhirnya dibenarkan masuk ke Singapura.

"Saya percaya ini ada kaitan dengan artikel saya, kerana jika anda membaca ruangan saya, saya sentiasa bercakap tentang politik Malaysia memandangkan latar belakang saya adalah dalam bidang sains politik.

"Saya selalu menulis mengenai 'ultra kiasu'. Dan disebabkan Singapura dikenali dengan sikap 'ultra kiasu' mereka, mungkin mereka mereka berasa sensitif tentang perkara ini," kata Ridhuan.

Pada Disember 2014, beliau juga telah dihalang daripada memasuki Sarawak.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan