Dituduh Pembohong, Guan Eng Dituntut Mohon Maaf

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 3:40 PM

Dr Lim Mah Hui

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang dituduh berbohong oleh Lim Guan Eng berhubung isu tunda kereta menggesa Ketua Menteri itu memohon maaf secara terbuka kepadanya.

Selain itu, Dr Lim Mah Hui turut meminta 12 ahli majlis yang lain berbuat perkara yang sama kepadanya.

Dr Lim berkata Guan Eng mengeluarkan kenyataan fitnah terbuka terhadapnya pada 12 Mac lalu apabila menuduh beliau sebagai "wira pembohong" dan "berbohong" tidak kurang daripada tujuh kali.

Berdasarkan klip video perbincangannya dengan Guan Eng pada 29 Februari lalu, Dr Lim berkata beliau hanya menyatakan bahawa apabila unit penguatkuasaan majlis mula menunda kereta kira-kira empat tahun lalu, hanya satu atau dua kereta telah ditunda sebulan menggunakan satu atau dua trak.

"Kemudian saya terus mengatakan bahawa selama ini terdapat beberapa penambahbaikan dan pada masa ini terdapat lima trak tunda, setiap pasukan menunda purata 2.5 kereta setiap hari," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan