Mukhriz: Deklrasi Rakyat Diserah Kepada Majlis Raja-Raja

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 12:53 PM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Deklarasi Rakyat yang dimulakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad akan diserahkan kepada Majlis Raja-Raja setelah tandatangan yang dikumpul mencapai jumlah yang dianggap mencukupi, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz, bekas menteri besar Kedah dan salah seorang daripada mereka yang menandatangani deklarasi itu bersama pimpinan pembangkang berkata, maklum balas daripada orang ramai mengenai langkah itu adalah positif.

"Deklarasi itu sudah tentu juga akan dikemukakan kepada kerajaan sebagai gambaran suara rakyat," kata Mukhriz pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan orang ramai di kawasan Muar, Segamat dan Tangkak pada Isnin.

Beliau berkata, deklarasi itu yang bertujuan untuk menggesa supaya Perdana Menteri meletak jawatan dibuat kerana rakyat tiada pilihan kerana mereka tidak mahu menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita tidak boleh menunggu selama dua tahun lagi dan menyebabkan parti kita berhadapan risiko kalah dalam pilihan raya umum. Kita perlu membuat keputusan yang betul sekarang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Deklarasi Rakyat , Mukhriz Mahathir

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan