#APO2016: Ben Ashaari Penulis Blog 'Mr Mama Sado'

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menjaga anak, membuat kerja rumah, mengangkat berat di gim, dan pada masa sama mencari pendapatan untuk menyara kehidupan sekeluarga, semuanya dilakukan lelaki ini setiap hari.

Pelbagai kerja-kerja harian yang dilakukannya menjadikan penulis blog ini digelar 'Mr Mama Sado' disebabkan sifat keibubapaannya, selain mempunyai badan sasa kerana rajin bersenam di gim.

Lebih dikenali sebagai Ben Ashaari, 40, bapa kepada dua anak ini menulis blog mengenai kehidupan harian dan perihal keibubapaan.

"Saya mula menulis blog pada 2008 dan tumpuan mengenai keibubapaan semasa saya dan isteri dikurniakan anak pertama pada 2012.

"Sejak kelahiran anak pertama, saya ambil keputusan untuk cari pendapatan sebagai penulis blog sepenuh masa. Saya juga menjaga kedua-dua anak saya sejak mereka masih bayi," katanya kepada mStar Online.

Ben Ashaari yang menerusi blog menggunakan nama sama disenaraikan dalam pencalonan awal untuk kategori Blog Pilihan Online bagi Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).

Ben bersama dua anaknya, Muhammad Qhaliff Iman dan Zahra Nur Iman.

Ben berkata, kebanyakan blog mengenai keibubapaan dibuat oleh kaum wanita tetapi peranannya 'dua dalam satu' menjadi ibu dan bapa ketika isterinya pergi bekerja seharusnya dikongsi bersama pembaca.

"Saya tak guna khidmat pembantu rumah. Semuanya saya buat sendiri dari menjaga anak, cuci baju sehingga kemas rumah. Hanya urusan memasak dilakukan isteri," kata bapa kepada Muhammad Qhaliff Iman dan Zahra Nur Iman, masing-masing berusia empat dan dua tahun.

Menurut Ben, bukan mudah untuk menjadi Mr Mama kerana dia memerlukan perancangan rapi, kerajinan dan kesabaran selain sokongan isteri.

"Saya bangga digelar Mr Mama kerana tak semua lelaki boleh lakukan seperti saya. Saya bukan sekadar jaga anak, tetapi saya juga cari pendapatan untuk keluarga.

"Ramai lelaki di luar sana bertanyakan tentang tips untuk jadi Mr Mama dan bagaimana menjana pendapatan menerusi blog.

"Saya nasihatkan mereka supaya kukuhkan dahulu blog dan jenama mereka. Saya sendiri pun ambil masa empat tahun sebelum berhenti kerja dan menulis blog sepenuh masa," jelas Ben.

Ben (kanan) dan teman-teman di gim.

Mengenai dirinya berbadan sado seperti yang diperkatakan rakan-rakan dan pengikutnya, Ben hanya menganggap ia sebagai satu gelaran.

"Saya tak rasa saya berbadan sado, tetapi saya buktikan bahawa lelaki yang sudah berkahwin tak semestinya perlu ada perut boroi.

"Lelaki perlu jaga kesihatan dan isteri perlu memahaminya. Ada waktu saya bawa anak-anak ke gim, malah saya juga mempunyai kelengkapan bersenam di rumah," ujar Ben yang mula bersenam di gim sejak berusia 22 tahun.

Ben juga merupakan pengasas kepada Kelab Blogger Ben Ashaari yang ditubuhkan sejak 2009, menghimpunkan ramai penulis blog dan pembaca.

Katanya, kelab berkenaan sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pendedahan serta menjalankan aktiviti-aktiviti bersama.

"Kelab ini banyak membuat kerja-kerja kebajikan dan melakukan aktiviti secara berkumpulan. Antara matlamatnya adalah mahu golongan penulis blog dipandang positif di kalangan masyarakat di media sosial," ujar Ben mengenai kelab berkenaan yang turut menghimpunkan lebih 200 penulis blog yang aktif.

Kadang-kadang Ben akan turut membawa anaknya ke gim.

Berdasarkan rekod setakat ini, saingan begitu sengit dalam kategori Blog Pilihan Online APO2016.

Jadi, kepada semua yang mengikuti dan menyokong blog Ben Ashaari, segera membuat pencalonan bagi melayakkannya ke lima teratas.

Pengundian awal untuk mencari lima pencalonan utama bagi setiap kategori dibuka sehingga 30 Mac ini sebelum ke fasa seterusnya iaitu mengundi untuk memilih pemenang mulai 1 April ini.

Pencalonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi laman web http://apo.mstar.com.my

APO2016 yang bertemakan Glam Digital bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada 30 April depan.

Acara ini dijayakan bersama Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars selaku penaja rasmi.

Tags / Kata Kunci: Ben Ashaari , APO2016

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan