Umno Tetap Utuh - Yahya

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 9:06 PM

Yahya Hussin.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Umno tetap kukuh dan berupaya meneruskanagendanya untuk membela bangsa, agama dan negara meskipun ada pemimpin tertinggi atau bekas pemimpin tertingginya keluar meninggalkan parti berkenaan, kata Setiausaha Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Menyingkap sejarah kepimpinan dan perjuangan Umno pada masa lalu, Yahya yang juga Ketua Umno Bahagian Putatan berkata ada presiden Umno yang pernah meninggalkan parti kerana tidak sehaluan dengan pendirian parti pada ketika itunamun Umno tetap kukuh di bawah dokongan ahli-ahlinya.

"Umno tetap kekal. Ada beberapa presiden dan pemimpin keluar parti tetapi orang Umno tidak ikut. Sejarahnya begitu. Sebab itu ia digelar parti keramat. Sejarahnya (Umno) memang begitu. Lihat sahaja bekas perdana menteri, siapa ikut dia?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat cawangan Umno secara beramai-ramai di sini pada Ahad.

Sebanyak 140 cawangan Umno di Bahagian Putatan layak mengadakan mesyuarat cawangan masing-masing tahun ini. Menurut Yahya anggota Umno telah terlatih dan diajar agar mementingkan parti melebihi kepentingan peribadi dan apabila berhadapan dengan sebarang isu dalaman dan perjuangan parti, ahli akan menolak mana-mana pemimpin yang cuba laridaripada landasan perjuangan parti.

"Pemimpin terdahulu mengajar kita untuk taat kepada parti. Kekuatan (pemimpin) itu adalah daripada parti dan bukannya daripada perseorangan. Saya naik jadi pemimpin semuanya kerana parti bukan disebabkan oleh saya sendiri atau orang perseorangan. Ahli yang sokong maka jadilah pemimpin," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Yahya mengulangi pendirian Umno Putatan yangdiumumkannya sebelum ini iaitu menolak sekeras-kerasnya Deklarasi Mahathir yang turut ditandatangani pemimpin parti pembangkang. Katanya Umno Putatan akan tetap teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteridan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah dipilih anggota Umno dan rakyat negara ini secara demokrasi. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Yahya Hussin , Umno

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan