Letupan Bom Istanbul: Rakyat Malaysia Trauma Lihat Kepala Tergolek Di Lantai

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 11:52 AM

Puteh (kiri) bersama anaknya, Roszatol ketika melawat Cappadocia, Turki.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Percutian seorang warga emas bersama anaknya ke Istanbul, Turki bertukar menjadi mimpi ngeri apabila insiden serangan bom di Jalan Istiklal di Dataran Taksim pada Sabtu berlaku di depan mata.

Menurut Puteh Ismail, 69, insiden ngeri itu berlaku ketika dia bersama anak perempuannya sedang membeli-belah di sebuah kedai dekat lokasi kejadian yang mengorbankan lima orang dan mencederakan 36 yang lain termasuk 12 warga asing.

"Masa tu kami sedang tengok-tengok barang dalam kedai yang memang dipenuhi orang. Namun secara tiba-tiba terdengar letupan kuat dan keadaan menjadi huru-hara.

"Ketika kami diarahkan untuk mengosongkan kawasan itu, saya ternampak mayat bergelimpangan di jalan...nampak kepala yang sudah putus dari badan tergolek dilantai," katanya kepada mStar Online di sini, Ahad.

Insiden serangan bom di Jalan Istiklal di Dataran Taksim.
Puteh bersama anak perempuannya, Roszatol Ishak, 44, serta 40 ahli rombongan yang lain berlepas ke Turki pada 13 Mac lalu dari Kuala Lumpur.

Kumpulan itu dijadual pulang ke Malaysia pada 10 pagi Ahad, waktu tempatan.

Menceritakan lanjut mengenai pengalaman ngerinya itu, Puteh berkata, dia tidak menyangka insiden kekejaman yang selama ini disaksikan menerusi laporan berita berlaku dihadapannya.

"Waktu baru tiba di Istanbul, kami dikejutkan dengan berita pengeboman di Ankara. Masa itu saya berdoa kepada Allah supaya perjalanan kami dipermudahkan kerana lokasi itu akan turut dilawati.

"Tak sangka pula hari terakhir di Istanbul, saya terpaksa lalui pengalaman buruk begini. Buat masa ini saya hanya fikir nak pulang ke Malaysia. Mudah-mudahan kami selamat tiba ke tanah air," katanya.

Serangan di Ankara pada 14 Mac lalu mengorbankan 35 orang dan ia didakwa dilakukan oleh militan Kurdish.

Tags / Kata Kunci: Dataran Taksim , Istanbul

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan