Shabudin Tolak Cabaran Guan Eng

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kontroversi pembelian sebuah banglo dua tingkat oleh Lim Guan Eng masih belum berakhir selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya menolak tawaran Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk bersemuka.

Menerusi jemputan media yang dihantar pejabatnya pada Sabtu malam, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu sebaliknya berkata akan mengadakan sidang media berasingan di pejabat Umno pada pukul 11 pagi Ahad - masa yang sama ditetapkan Lim untuk diadakan pertemuan.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu kini dikaitkan dengan kontroversi kerana didakwa membeli banglo berkenaan di bawah harga pasaran.

Shabudin yang membuat pendedahan di Parlimen Khamis lalu mendakwa bahawa rumah diatas 10.161 kaki persegi (943,98 meter persegi) tanah itu dibeli oleh Lim pada  25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta.

Menurut Shabudin, nilai pasaran hartanah itu adalah antara RM6 juta dan RM6.5 juta.

Lim kemudian mencabar Shabudin untuk mengadakan pertemuan bagi mencari kebenaran di pejabatnya di Komtar pada Ahad.

Tuduhan itu juga telah menarik perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), apabila badan itu berkata akan membuka kertas siasatan mengenainya selepas menerima aduan.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Shabudin Yahaya

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan