Kerajaan Harus Percepat Pindaan Akta Kanak-Kanak - MCPF

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 11:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan mempercepatkan pembentangan Rang Undang-undang Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 untuk bacaan kali kedua dan ketiga semasa sesi persidangan Parlimen sekarang.   

Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 perlu disegerakan memandangkan peningkatan jumlah kes penderaan kanak-kanak di negara ini.

"Ibu bapa, penjaga, dan mana-mana orang dewasa harus diberi kesedaran bahawa pindaan undang-undang itu akan mengenakan tindakan lebih tegas ke atas mereka yang mendera atau mengabaikan kanak-kanak.   

"Pindaan yang dicadangkan terhadap Akta Kanak-Kanak 2001, bertujuan menyediakan perlindungan lebih baik bagi kanak-kanak, mengenakan denda sehingga RM50,000 dan penjara maksimum 20 tahun bagi mereka yang disabitkan kerana mendera kanak-kanak. Di bawah Akta sekarang, mereka yang disabitkan kesalahan kerana mendera kanak-kanak boleh didenda tidak lebih RM10,000 dan penjara sehingga 10 tahun," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada Disember tahun lepas.

Pindaan itu termasuk cadangan pendaftaran pelaku jenayah terhadapkanak-kanak dan penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak untuk menasihat dan mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai isu-isu berkaitan penjagaan,pemeliharaan, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak diperingkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Lee mencadangkan undang-undang harus dapat menangani secukupnya isu-isu berkaitan pornografi kanak-kanak memandangkan eksploitasi kanak-kanak seperti pelacuran kanak-kanak dan pornografi meliputi membuat, memiliki dan menyebarkan bahan-bahan lucah kanak-kanak juga ditafsirkan sebagai penderaan kanak-kanak.

Pindaan yang dicadangkan kepada Akta Kanak-Kanak 2001 adalah selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) iaitu Protokol Pilihan Mengenai Hak Kanak-kanak bagi Pemerdagangan Kanak-kanak, Pelacuran Kanak-kanak dan Pornografi kanak-kanak; dan Protokol Pilihan bagi Penglibatan Kanak-Kanak dalam Konflik Bersenjata yang telah ditandatangani oleh Malaysia.

Sementara itu, beliau berkata MCPF menyokong pemansuhan sebatan sebagai satubentuk hukuman untuk kanak-kanak melakukan jenayah.

Pada masa ini hukuman sebatke atas kanak-kanak bawah umur yang disabitkan kesalahan jenayah tertakluk dibawah budi bicara mahkamah.

Selain  itu, memandangkan pindaan akan memastikan pesalah bawah umur menjalani pemulihan melalui khidmat masyarakat, kaunseling dan program berorientasikan keluarga, Lee berkata khidmat kaunseling untuk kanak-kanak perlu ditingkatkan.

"Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu melatih lebih ramai pegawai kaunseling untuk sekolah supaya kanak-kanak menerima bimbingan dan nasihat yang relevan. Ini penting untuk menangani isu-isu dan tingkah laku negatif di kalangan kanak-kanak dan menghalang mereka daripada terjebak dalam perbuatan jenayah," katanya. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan