Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Istanbul

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 11:05 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan bom di Jalan Istiklal di Dataran Taksim, Istanbul yang mengorbankan lima orang dan mencederakan 36 yang lain termasuk 12 warga asing.

Kementerian Luar dalam kenyataannya hari ini berkata tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden itu dan Kedutaan Malaysia di Ankara ada berhubung rapat dengan rakyat Malaysia di sana termasuk pelajar di Istanbul.

"Kementerian menerusi Kedutaan Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi tersebut," tambah kenyataan itu.

Pada masa sama, kementerian turut menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau yang mahu ke Turki untuk menjaga keselamatan diri dan keadaan di sekeliling mereka, selain memantau serta mematuhi sebarang nasihat yang dikeluarkan kerajaan negara itu.

Wisma Putra berkata kerajaan Malaysia turut menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan Turki, keluarga dan penduduk yang terjejas dengan serangan itu.

Tags / Kata Kunci: Istanbul

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan