Limo Pink Bukan Saya Punya - Vida

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 8:00 AM

Limosin yang dikatakan milik Vida yang tiba di Pelabuhan Klang baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menafikan sebuah limousin merah jambu yang tiba di Pelabuhan Klang dan menjadi viral di laman sosial adalah miliknya.

Namun, beliau mengakui meminati kenderaan itu kerana warna 'shocking pink' yang menyerlahkan lagi simbol kemewahan dan tampak lebih eksklusif serta elegan.

"Bila tengok warna pink mesti orang ingat Qu Puteh. Tapi itu bukan kereta saya. Siapalah pemilik kereta ini?," katanya kepada mStar Online pada pagi Sabtu.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata beliau bersedia mempertimbangkan untuk membeli kereta tersebut sekiranya pemiliknya sedia melepaskannya.

"Mungkin saya akan pertimbangkan untuk tambah koleksi kereta sedia ada. Apapun biarlah harga yang ditawarkan berbaloi," katanya.

Vida mempunyai beberapa koleksi kereta mewah antaranya, Lamborgini Aventador dan Bentley.

Sejak beberapa hari lalu, gambar limousin merah jambu yang didakwa milik Vida menjadi viral di laman sosial.

Limousin itu dikatakan sudah sampai di Pelabuhan Klang dan sedia untuk diambil pemiliknya.

Tags / Kata Kunci: Qu Puteh , limosin , Pelabuhan Klang , shocking pink

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan