Keputusan Sama Ada Sekolah Ditutup Susulan Cuaca Panas Melampau Esok

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 5:25 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU:Kementerian Pendidikan akan membuat keputusan esok sama ada sekolah di kawasan tertentu akan ditutup atau tidak akibat cuaca panas melampau, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata kementeriannya sedang memantau keadaan suhu panas melampau itu dan semalam pihaknya mendapati di Kedah dan Perlis suhu mencapai 39.2 darjah Celsius.

"Hari ini kita akan tengok keadaan suhu di Kedah dan Perlis macam mana dan esok kita akan buat keputusan sama ada sekolah di kawasan tertentu yang perlu ditutup sekiranya suhu terus meningkat melebihi 39 darjah Celsius dan tiada tanda ia menurun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pengetua dan guru besar sekolah negeri Kelantan di sini, Ahad.

Mahdzir berkata sebuah jawatankuasa khas peringkat kementeriannya yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof akan mengkaji dan membuat keputusan berhubung penutupan sekolah itu.

Beliau berkata kementeriannya juga mendapat maklumat dari semasa ke semasa mengenai perkembangan suhu panas melampau itu dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan supaya semua aktiviti di luar bilik darjah dihentikan berikutan cuaca panas melampau itu.

Malaysia kini mengalami cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh fenomena El Nino dan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan keadaan itu hanya akan berakhir pada Mei atau Jun, dengan suhu dijangka paling panas hari ini kerana fenomena ekuinoks.

Ditanya perkembangan penyelesaian masalah guru yang berjauhan dengan pasangan masing-masing, Mahdzir berkata pihaknya menangani masalah itu secara berperingkat iaitu pada tahun lepas pihaknya telah menyelesaikan masalah membabitkan 2,000 guru manakala sehingga bulan ini seramai 560 guru.

Beliau berkata pihaknya telah menerima 7,000 permohonan pertukaran daripada guru yang ingin tinggal berdekatan dengan pasangan masing-masing.

Mengenai calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 bagi penggal 2 bermula Mei ini dan ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi Julai ini dilarang memakai atau membawa masuk jam tangan ke dewan peperiksaan, Mahdzir berkata beliau akan mendapatkan laporan berhubung perkara itu daripada Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia Dr Jamil Adimin.

Semalam, Dr Jamil dilaporkan berkata larangan membawa atau memakai jam tangan ke dewan dan semasa menduduki peperiksaan bertujuan mencegah kes salah laku dalam kalangan calon.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Mahdzir Khalid , Celsius , STPM , MUET

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan