Harga Harumanis Bakal Melambung

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 9:16 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Suhu panas menjejaskan hasil pengeluaran mangga paling mahal di dunia.

Bagi tahun ini, pokok-pokok mangga Harumanis, yang buahnya dijual pada harga RM80 hingga RM100 sekilogram di Taiwan dan Jepun berbuah secara tidak konsisten dan keadaan itu bakal menyebabkan harganya melambung lebih tinggi.

"Pokok daripada spesies yang sama sepatutnya berbunga serentak. Tetapi tahun ini pokok-pokok saya sedang berbunga secara tidak sekata," kata pemilik dusun Harumanis, Zaitun Yahaya, 61.

Untuk membuktikannya, Zaitun menunjukkan tanamannya itu kepada The Star ketika kami melawat negeri ini bagi melihat bagaimana penduduknya berhadapan haba yang meningkat kepada 38°C pada Jumaat lalu.

Walaupun dapat dilihat buah mangga yang matang dibalut dalam kertas, namun masih terdapat bahagian tertentu yang masih berbunga secara tidak sekata.

"Sudah 30 tahun saya menanam mangga Harumanis tetapi tidak pernah melihat keadaan pokok berbunga seperti ini.

"Pada masa ini, saya sepatutnya mempunyai rumpunan buah yang besar di setiap pokok, tetapi kini pokok-pokok ini seolah-olah hanya akan berbunga mengikut keadaan tertentu."

Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Perlis, Mohd Bookeri Md Ludin berkata, pengeluaran buah yang tidak menentu ini memberi makna petani perlu bekerja lebih keras.

"Penuaian lewat akan menyebabkan kenaikan harga. Kita perlu berlaku adil kepada petani," katanya.

Tags / Kata Kunci: Harumanis , Mardi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan