Dr Patau Rubis Meninggal Dunia Petang Ahad

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 8:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pengasas Parti Reformasi Negeri (STAR) Dr Patau Rubis meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 5 petang Ahad.

Menurut sumber parti, Dr Patau, 70, yang juga bekas Presiden STAR rebah ketika mempengerusikan mesyuarat agung tahunan parti itu di sebuah hotel di sini sebelum segera dibawa ke HUS.

Dr Patau, bekas Menteri Muda Bagi Kewangan dan Kemudahan Awam Sarawak, pernah disingkirkan daripada jawatan Naib Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana didakwa menyokong calon Bebas yang bertanding menentang BN pada pilihan raya Parlimen pada 1995.

Beliau kemudian mengasas dan menerajui STAR, yang ditubuhkan pada 9 Oktober 1996.

Dr Patau merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri bagi Tasik Biru sehingga 1996 dan Anggota Parlimen bagi Mas Gading sehingga 1999.

Kedua-dua kawasan itu adalah di daerah Bau. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Dr Patau Rubism STAR

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan