Kerajaan Negeri Tidak Had Atau Kurangkan Tajaan Biasiswa - MB Johor

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 5:53 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kerajaan Negeri Johor tidak merancang untuk mengurangkan atau mengehadkan tajaan biasiswa yang ditawarkan kepada penuntut yang melanjutkan pengajian di institusi dalam atau luar negara.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri mengekalkan peruntukan pendidikan seperti yang terkandung dalam Bajet Negeri Johor 2016.

"Setakat ini, kita bersyukur kerana belum ada  perancangan untuk mengehadkan, mengurangkan ataupun mengubah apa yang kita bentangkan dalam bajet dan ini termasuk perbelanjaan yang telah ditetapkan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) (untuk tajaan biasiswa)," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada kerajaan negeri merancang mengurangkan atau mengehadkan pengeluaran biasiswa bagi mengurangkan kos kerajaan negeri dalam menghadapi cabaran ekonomi sukar.

Tahun lepas, sebanyak RM13.5 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor bagi 1,859 penuntut yang melanjutkan pengajian di dalam negara dan sebanyak RM978,000 untuk 52 penuntut yang belajar di luar negara.

Terdahulu, Mohamed Khaled menghadiri Mesyuarat Agung Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Gudang 2 di sini. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Biasiswa , Kerajaan Johor

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan