"Banglo Saya Bukan Seperti Khir Toyo" - Guan Eng - Berita Semasa | mStar

"Banglo Saya Bukan Seperti Khir Toyo" - Guan Eng

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 1:53 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membawa kira-kira 30 pengamal media melawat banglo kelas sederhana mewah miliknya di Jalan Pinhorn pada Ahad.

Wartawan dan jurugambar dibawa untuk melihat ruang tamu, ruang makan dan dapur rumah berkenaan.

Lim berkata pemilik rumah itu telah menawarkan untuk menjual kepadanya dengan harga RM2.8 juta pada tahun 2012.

Bagaimanapun jelas Lim beliau tidak menerima tawaran itu kerana belum pasti sama ada beliau akan terus dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 atau tidak.

Beliau berkata, pemilik telah bersetuju untuk mengekalkan harga yang ditawarkan itu berdasarkan persefahaman dengan isterinya, Betty Chew.

"Saya perlu menyediakan wang untuk rumah, termasuk ansuran bulanan. Kami memerlukan dana yang mencukupi untuk membayar baki harga belian.

"Hanya sehingga saya telah dipilih semula dan mempunyai dana yang cukup barulah saya membuat keputusan untuk membelinya pada Julai tahun lepas.

"Tak ada apa-apa yang luar biasa di dalam rumah saya.

"Ia adalah sebuah rumah kelas sederhana mewah, tidak seperti di kawasan Jesselton di Pulau Pinang.

"Ia juga bukan seperti rumah Khir Toyo," katanya.

Lim, ketika ditanya sama ada beliau tahu bahawa rumah itu dibeli di bawah harga pasaran, Lim berkata beliau bukan seorang ejen hartanah.

"Saya tidak tahu harga. Hanya terdapat pemahaman lisan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan End

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan