Mahathir Tiada Locus Standi Campuri Urusan Umno - Shabery

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 10:17 PM

Ahmad Shabery Cheek.

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai locus standi atau kedudukan untuk memberi apa-apa cadangan kepada anggota parti.

Beliau berkata, ini kerana Dr Mahathir bukan lagi anggota parti selepas negarawan itu membuat keputusan untuk keluar daripada Umno pada 29 Februari lepas.

"Saya kira beliau (Dr Mahathir) tak ada locus standi untuk membuat apa-apa cadangan kepada ahli cawangan kerana beliau tak menjadi ahli Umno dan tidak menjadi ahli Umno adalah pilihan beliau sendiri. 

"Saya kira elok jika beliau tidak mencampuri urusan parti yang beliau sudah tidak anggotai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerangan, Taklimat dan Perasmian Serentak Persidangan Cawangan Umno Bahagian Kuala Pilah di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Dr Mahathir pada Jumaat supaya cawangan-cawangan Umno mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan perdana menteri dalam mesyuarat tahunan masing-masing.

Kenyataan Dr Mahathir itu diviralkan dalam media sosial.

Mengulas lanjut, Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata pada masa ini, biarlah jemaah Umno yang menentukan masa depan parti.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim dalam ucapannya menegaskan bahagian itu menyokong penuh kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan juga presiden Umno.

"Ini pendirian kita (bahagian Kuala Pilah) untuk kita mempertahankan presiden," katanya.

Di ALOR SETAR, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan usul Dr Mahathir itu bertujuan untuk menjatuhkan dan merosakkan UMNO.

"Saya minta supaya ahli-ahli Umno negeri tidak terpedaya dengan gerakan negatif ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kuala Kedah pada Sabtu.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, beliau akan meminta semua ketua cawangan memantau perkara itu kerana kebiasaannya orang dalaman parti yang akan cuba merosakkan parti secara senyap. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan