Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Nahas Pesawat Flydubai

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 8:15 PM

Serpihan pesawat Flydubai yang terhempas di Rostov-on-Don, Rusia pada Sabtu. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian pesawat Flydubai Airline penerbangan FZ981 terhempas di Rostov-on-Don, Rusia pada Sabtu.

Pesawat itu, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, telah tersasar daripada landasan semasa cubaan mendarat sebelum terhempas di landasan Lapangan Terbang Rostov-on-Don, kata Wisma Putra dalam kenyataan di sini.

Menurut laporan, seramai 55 penumpang dan tujuh anak kapal terlibat dalam nahas itu.

"Kementerian Luar ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan kejadian ini," kata Wisma Putra. 

Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Moscow sedang memantau situasi itu dan akan memaklumkan perkembangan kejadian itu dari semasa ke semasa.

Flydubai Airline, syarikat penerbangan tambang rendah Dubai, mengesahkan pada Sabtu bahawa penerbangan FZ981 dari Dubai ke bandar Rostov-on-Don di Rusia terhempas ketika melakukan pendaratan. 

Menurut kenyataan syarikat itu dalam laman sesawangnya, nahas berlaku pada kira-kira 00:50 GMT (8.50 pagi Sabtu waktu Malaysia) ketika pesawat berkenaan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Rostov-on-Don. 

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 18:20 GMT (2.20 pagi Jumaat waktu Malaysia). - Bernama

Tags / Kata Kunci: Flydubai

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan