KPM Perlu Pertimbang Tutup Sekolah Kawasan Dilanda Cuaca Panas Melampau

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 4:11 PM

Pemilik kolam air tawar Abdul Manap Khalid Ahamat melihat kolam ikannya di Kampung Pandan Dua yang kering sehingga merekah dipercayai akibat cuaca panas luar biasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mempertimbangkan keputusan bagi menutup sementara sekolah di kawasan yang dilanda cuaca panas melampau, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr  S. Subramaniam.

Beliau berkata langkah itu perlu berikutan terdapat pelajar berjalan kaki  jauh untuk sampai ke sekolah dalam keadaan cuaca tersebut.

"Ada kawasan tertentu di negara ini cuaca panas telah meningkat ke suhu tinggi dan terdapat pelajar perlu berjalan kaki sehingga dua hingga tiga kilometer kerana tiada pengangkutan terutamanya kawasan pedalaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah  Pencapaian Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 2015 di sini, Sabtu.

Pada majlis itu seramai 771 pelajar dan 205 guru besar diraikan sebagai pengiktirafan kecemerlangan pelajar dan sekolah dalam UPSR.

Majlis itu disempurnakan oleh Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan (Infrastruktur) merangkap Pengerusi Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), Datuk Seri S. Samy Vellu.

Sehubungan itu, bagi menentukan sekolah yang perlu ditutup, Dr Subramaniam berkata Kementerian Pendidikan serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar perlu berbincang dan mencari kata putus mengenai perkara tersebut.

Katanya, ketika ini adalah lebih penting agar semua sekolah di negara ini mengurangkan aktiviti pembelajaran di luar kelas khususnya aktiviti melibatkan tenaga dan fizikal.

"Perkara ini penting kerana melihat kepada peningkatan kes pesakit terkena strok haba di negara ini," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyarankan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya kerap menyalurkan maklumat berkaitan fenomena El Nino itu kepada masyarakat sebagai langkah berjaga-jaga.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kes wabak denggi di negara ini didapati berkurangan ketika fenomena El Nino sekarang.

"Setakat minggu lepas terdapat 2,500 kes wabak denggi di seluruh negara,  satu pengurangan berbanding minggu-minggu sebelumnya dan kami sedang memantau adakah pengurangan itu berterusan atau sementara waktu sahaja," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan