Perda, JKP Didakwa Dianaktirikan Kerajaan Pulau Pinang - Berita Semasa | mStar

Perda, JKP Didakwa Dianaktirikan Kerajaan Pulau Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan JKP Sdn Bhd (JKP) didakwa sering dianaktirikan dan dikenakan pelbagai halangan jika mahu membangunkan projek perumahan di negeri ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa agensi itu juga tidak diberi peluang dan ruang dalam membantu kerajaan negeri menyediakan rumah mampu milik yang selesa untuk rakyat.

"Apa salahnya JKP dan Perda buat rumah di Pulau Pinang? Walaupun ia agensi kerajaan persekutuan, tapi untuk rakyat, beri ruang dan bantuan, bukan kelonggaran tapi kesesuaian kelulusan untuk mereka.

"JKP dan Perda pun telah nyatakan bahawa mereka tak mahu kelebihan, kelonggaran atau keistimewaan, tapi layanlah mereka seperti syarikat perumahan swasta lain, mereka akan patuh kepada setiap syarat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat  cawangan-cawangan Umno Bahagian Tanjung di sini, Sabtu.

Abdul Rahman berkata lazimnya di negeri-negeri lain kebenaran merancang adalah di bawah bidang kuasa dan diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagaimanapun di Pulau Pinang, katanya setiap projek perumahan kerajaan persekutuan mesti dibawa ke peringkat jawatankuasa perancang negeri yang dipengerusikan Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri dan kuasa meluluskan terletak padanya.

"Saya kesal kenapa Guan Eng nak masuk campur dalam soal kebenaran merancang dan sebagainya, sedangkan ia boleh diuruskan di peringkat PBT," katanya.

Beliau berkata, adalah penting untuk kerajaan negeri membantu agensi kerajaan persekutuan kerana apabila sesuatu masalah timbul ia akan memberi kesan kepada rakyat.

"Kalau setiap hari ada konfrontasi dengan kerajaan persekutuan, setiap kali buka mulut nak maki hamun, kerjanya hanya menuduh, bagaimana nak bekerjasama?.

Kembalikan kelulusan-kelulusan ini kepada PBT," katanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Abdul Rahman Dahlan , Perda , JKP , Pulau Pinang
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan